Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Kinrara_BK5

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Lebuhraya Bukit Jalil, Bandar Kinrara, Selangor. Terletak berhampiran stesen ini adalah SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara, SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara, SK Seksyen 1 Bandar Kinrara, Pasar Raya Besar Giant Bandar Kinrara, Apartmen Servis Eight Kinrara, Stadium Kriket Kinrara, Masjid Al-Ehsan, kawasan perumahan Bandar Kinrara 2, Bandar Kinrara 5 dan Bandar Kinrara 4.

Susunan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
SP Arah Utara Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Alam Sutera)
SP Arah Selatan Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (IOI Puchong Jaya)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras legarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 176 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas

Bas RapidKL laluan 541, T581 dan bas percuma Smart Selangor laluan SJ03 berkhidmat di stesen ini.